Isuzu - Akak Eeja

Pages

PENYERAHAN LORI HINO MODEL XZU710 - BADAN TIPPER BESI - EN.ERSYAD

PENYERAHAN LORI HINO MODEL XZU710 -

BADAN TIPPER BESI - EN.ERSYAD

PADA 03hb APRIL 2023

Alhamdulillah syukur kepada Allah, harini dapat membuat penghantaran lori Encik Ershad yang jauh di selatan. Urusan jual beli yang dipermudahkanNya dari urusan pinjaman sehingga lori selamat sampai ke tangan customer.

Masih membuat urusan jual beli melalui 'online', Encik Ershad sangat memberi kerjasama. Terima kasih terima kasih terima kasih ya Allah atas nikmat dan ujianMu. Terima kasih juga buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Oklah taknk tulis panjang-panjang nanti korang letih plak baca, bukan apa puasa kan. Mana yang saya tak sebut tu korang semua tetap diingatan. Sekian, corentan puasa ke 10 harini. Penginapan dan berbuka ditaja Encik Ershad, terima kasih tak terhingga.

PENYERAHAN LORI HINO MODEL XZU600UBS - BADAN KARGO KAYU - EN. JAMALUDDIN

PENYERAHAN LORI HINO MODEL XZU600UBS -

BADAN KARGO KAYU - EN. JAMALUDDIN

PADA 17hb JANUARY 2023

Alhamdulillah satu lagi penyerahan lori sebelum cuti tahun baru cina, kira penutup untuk bulan ini.Ini pelanggan yang ke 4 untuk tahun ini yang berurusan secara online.

Kalau beli kereta tu perkara biasa dah, sebab memang datang dengan sekian-sekian spesifikasi. Tetapi pelanggan sangat bekerjasama dan senang berurusan.
Terima kasih Encik Jamaluddin yang beri kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk uruskan pembelian lori beliau. Terima kasih buat semua yang terlibat. Terima kasih, terima kasih ya Allah.
Nak rundingan dan sebutharga pun boleh, percuma je

PENYERAHAN LORI HINO MODEL XZU710 - BADAN TIPPER BESI 17ft - EN. NORILAHI

PENYERAHAN LORI HINO MODEL XZU710 - 

BADAN TIPPER BESI 17ft - EN. NORILAHI

PADA 14hb JANUARY 2023

Alhamdulillah satu lagi penyerahan lori untuk minggu ini. Banyak kenangan manis berlaku sepanjang proses beli lori bersama Encik Lahi ni.

Urusan hanya melalui telefon dan wassap kerana pelanggan nun jauh dari Melaka. Dia sangat teruja bila loan dia lulus dan tak henti-henti ucap terima kasih.
'Kak, dengan akak je yang layan saya sebab SA lain kata dokumen ujung2 nyawa je' kata dia masa tu, sebelum submit ke bank. Itu yang menguatkan lagi rasa nak bantu dia. Saya hanya cuba dan tak janjikan bulan dan bintang.
Harini kami dapat bertemu secara nyata, beliau dan anak bininya sampai awal untuk ambil lori. Siap bawak ole-ole dari Melaka. Itulah sedikit cerita tentang customer saya ni.
Terima kasih kepada Encik Lahi kerana memberi kepercayaan sepenuhnya. Terima kasih juga buat yang sudi baca sampai habis dan semua yang terlibat juga buat suami sebagai jurufoto peribadi.
Nak sebut harga dan rundingan percuma boleh wasap terus ke








PENYERAHAN LORI ISUZU MODEL NPR75UHL - BADAN TIPPER BESI 13ft - EN. SAIFOL

PENYERAHAN LORI ISUZU MODEL NPR75UHL -

BADAN TIPPER BESI 13ft - EN. SAIFOL

PADA 13hb JANUARY 2023


Alhamdulillah di hari Jumaat yang mulia, menyaksikan penyerahan lori kepada Encik Saifol dari Kedah berjalan dengan lancar. Semua ini dengan izin Allah.

Segala kesabaran pelanggan, mencipta kenangan manis bila lori berada di depan mata. Encik Saifol masih tak percaya, itulah rezeki yang tak disangka-sangka katanya.
Selesai sudah urusan dengan beliau. Semoga dengan lori baru ni dapat memantapkan lagi bisnes yang dijalankan. InshaAllah ada umur yang panjang kita dapat bertemu lagi.
Sekian, coretan harini ini. Simpan sini sebagai kenangan.
Nak beli lori baru atau nak sebut harga/rundingan percuma boleh picit link






PENYERAHAN LORI ISUZU MODEL NPR81UKH - BADAN KARGO KAYU 17ft - EN. LATIF

PENYERAHAN LORI ISUZU MODEL NPR81UKH - 

BADAN KARGO KAYU 17ft - EN. LATIF

PADA 07 JANUARY 2023


Alhamdulillah..segala puji bagi Allah.

Benarlah janji Allah, akan hadirnya pelangi selepas hujan. Ujian yang pedih dan berat yang aku hadapi sebelum ini menguatkan lagi semangat untuk aku terus berjuang. Takpe lah, yang lepas usah dikenang, teruskan fokus.
Terima kasih buat pelanggan iaitu En. Latif dan isterinya Lina yang selalu memudahkan urusan dan sangat bekerjasama, ni rezeki jugak dapat pelanggan yang baik. Juga buat teman sekerja yang rapat dan pasangan hidupku, terima kasih yang tak terhingga buat kalian.
Harini adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk menyerahkan lori kepada pelanggan. Seawal 10pagi tadi mereka dah sampai. Tergambar keceriaan dan kegembiraan diwajah mereka. Pelanggan gembira, aku lagi gembira.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih Ya Allah. Kurniaan rezeki darimu, bukan semuanya tentang duit. Alhamdulillah, permulaan yang baik untuk tahun baru.
P/s: Nak beli lori boleh rojer2, apa jenis pun ada. Isuzu atau Hino.. Kita deal sampai jadi k. Yang nak merisik dulu pun boleh.







PROGRAM KEAHLIAN HINO

 PROGRAM KEAHLIAN HINO

Waranti lanjutan sehingga 7 tahun dan lebih banyak faedah menanti anda,
daftar Program Keahlian Hino di Pusat Sah Hino terdekat anda sekarang!












Isuzu - Lori Baru ( 1 Tan )














Assalamualaikum and peace be upon you.
 
Nak jimat kos, beli je lori baru.
Reasonable price, promise of satisfaction. 
Double your business revenue by owning a new truck.
New Isuzu truck 1 ton 10ft
3.0cc Diesel Green Engine
Wooden cargo body
Price from rm98k
Click on the link, we'll deal with it until it's finished
bit.ly/3cFQW0b
bit.ly/3cFQW0b
bit.ly/3cFQW0b
*Can check eligibility for free
#isuzumalaysia  #IsuzuTrucks  #isuzuipoh
#no1brand

Isuzu - Lori Baru ( 3 Tan )









 Assalamualaikum and peace be upon you.

 
Nak cari lori tipper untuk memudahkan urusan perniagaan anda?

Isuzu pilihan tepat dengan sistem keselamatan dan kecekapan jentera bekerja.

Jom deal sampai jadi dengan klik link

*Can check eligibility for free
#isuzumalaysia  #IsuzuTrucks  #isuzuipoh
#no1brand




Home

  Mari kita dengar apa kata pembeli bila lori dah ada di depan mata.. Buat peniaga yang masih mencari-cari lori yang sesuai untuk perniagaan...