PENYERAHAN LORI ISUZU MODEL NPR81UKH -
BADAN KARGO KAYU 17ft - EN. LATIF
PADA 07 JANUARY 2023
Alhamdulillah..segala puji bagi Allah.
Benarlah janji Allah, akan hadirnya pelangi selepas hujan. Ujian yang pedih dan berat yang aku hadapi sebelum ini menguatkan lagi semangat untuk aku terus berjuang. Takpe lah, yang lepas usah dikenang, teruskan fokus.
Terima kasih buat pelanggan iaitu En. Latif dan isterinya Lina yang selalu memudahkan urusan dan sangat bekerjasama, ni rezeki jugak dapat pelanggan yang baik. Juga buat teman sekerja yang rapat dan pasangan hidupku, terima
kasih yang tak terhingga buat kalian.
Harini adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk menyerahkan lori kepada pelanggan. Seawal 10pagi tadi mereka dah sampai. Tergambar keceriaan dan kegembiraan diwajah mereka. Pelanggan gembira, aku lagi gembira.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih Ya Allah. Kurniaan rezeki darimu, bukan semuanya tentang duit. Alhamdulillah, permulaan yang baik untuk tahun baru.
P/s: Nak beli lori boleh rojer2, apa jenis pun ada. Isuzu atau Hino.. Kita deal sampai jadi k. Yang nak merisik dulu pun boleh.