PENYERAHAN LORI ISUZU MODEL NPR81UKH -
BADAN KARGO KAYU 17ft - EN. LATIF
PADA 07 JANUARY 2023
Alhamdulillah..segala puji bagi Allah.
Benarlah janji Allah, akan hadirnya pelangi selepas hujan. Ujian yang pedih dan berat yang aku hadapi sebelum ini menguatkan lagi semangat untuk aku terus berjuang. Takpe lah, yang lepas usah dikenang, teruskan fokus.
Harini adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk menyerahkan lori kepada pelanggan. Seawal 10pagi tadi mereka dah sampai. Tergambar keceriaan dan kegembiraan diwajah mereka. Pelanggan gembira, aku lagi gembira.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih Ya Allah. Kurniaan rezeki darimu, bukan semuanya tentang duit. Alhamdulillah, permulaan yang baik untuk tahun baru.



No comments:
Post a Comment